Tuesday, February 28, 2012

GEMS

Kringkring. . .pagi2 tengah sedap2 menanam anggur, Syira dapat panggilan drpd pihak GEMS dr KL.Memang kte ada apply awal bulan yang lalu...n terpilih pulak untuk sertai batch ke 6. Now Syira kat Rembau n9..tapi kte hanya boleh buat 2pilihan tempat je samaada Cherating Pahang or Setiu Terengganu. On da spot kite pilih Ganu laa,hehe...cOz register 17Mac2012. Klu pilih Phg awal sgt laa pulak kan 3Mac nih. So,pasnih jumpa Syira d Ganu lah yaa ;)

What is GEMS?


GEMS adalah singkatan daripada program Graduate Employability Management Scheme. GEMS ni salah satu langkah kerajaan memberi galakan, memberi pengalaman bekerja dan latihan cara berkomunikasi dengan betul kepada para graduan yang masih belum bekerja.

Who is eligible to join this programme?

Terbuka kepada semua warga Malaysia yang telah habis belajar dan mempunyai Degree, serta masih belum memperolehi sebarang pekerjaan.

What are the benefits of the programme?

Kelebihan untuk pelajar:
Program ini dirangka khas untuk pelajar mengikuti modul-modul yang telah disediakan dalam program ini, untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran berkomunikasi dan pengalaman yang akan meningkatkan peluang pelajar mendapat pekerjaan. Setiap peserta akan menerima elaun bulanan sebanyak RM500 setiap bulan untuk bahagian 1 dan RM1000 setiap bulan untuk bahagian 2.

Berapa lama tempoh latihan?

Terbahagi kepada 2 bahagian:
  • Part 1: Latihan kursus selama dua bulan. Sepanjang kursus tu, graduan akan dikumpulkan di suatu tempat penginapan yang ditanggung penuh oleh pihak kerajaan termasuk makan minum. Graduan diberi latihan mengikut modul-modul yang telah ditetapkan.
  • Part 2: Latihan kerja di sektor-sektor syarikat yang mengambil bahagian. Graduan akan menjalani latihan kerja selama 6 bulan. Pihak GEMS akan tentukan di mana graduan akan diserap mengikut match resume dan kehendak syarikat.

Boleh undur diri x kalau tiba2 semasa join program tu ada panggilan interview/kerja?

Boleh...Sepanjang program tu, graduan boleh pergi interview dan berhenti menyertai kalau ada tawaran kerja dengan syarat, kalau pergi interview, kena isi borang pelepasan pergi interview dan kalau berhenti kerana dapat tawaran kerja, kena bagi notis 5 hari sebelum berhenti kepada pihak penganjur.

Maklumat lanjut, boleh layari Portal GEMS di http://www.mygemsportal.com.my/