Tuesday, February 28, 2012

GEMS

Kringkring. . .pagi2 tengah sedap2 menanam anggur, Syira dapat panggilan drpd pihak GEMS dr KL.Memang kte ada apply awal bulan yang lalu...n terpilih pulak untuk sertai batch ke 6. Now Syira kat Rembau n9..tapi kte hanya boleh buat 2pilihan tempat je samaada Cherating Pahang or Setiu Terengganu. On da spot kite pilih Ganu laa,hehe...cOz register 17Mac2012. Klu pilih Phg awal sgt laa pulak kan 3Mac nih. So,pasnih jumpa Syira d Ganu lah yaa ;)

What is GEMS?


GEMS adalah singkatan daripada program Graduate Employability Management Scheme. GEMS ni salah satu langkah kerajaan memberi galakan, memberi pengalaman bekerja dan latihan cara berkomunikasi dengan betul kepada para graduan yang masih belum bekerja.

Who is eligible to join this programme?

Terbuka kepada semua warga Malaysia yang telah habis belajar dan mempunyai Degree, serta masih belum memperolehi sebarang pekerjaan.

What are the benefits of the programme?

Kelebihan untuk pelajar:
Program ini dirangka khas untuk pelajar mengikuti modul-modul yang telah disediakan dalam program ini, untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran berkomunikasi dan pengalaman yang akan meningkatkan peluang pelajar mendapat pekerjaan. Setiap peserta akan menerima elaun bulanan sebanyak RM500 setiap bulan untuk bahagian 1 dan RM1000 setiap bulan untuk bahagian 2.

Berapa lama tempoh latihan?

Terbahagi kepada 2 bahagian:
  • Part 1: Latihan kursus selama dua bulan. Sepanjang kursus tu, graduan akan dikumpulkan di suatu tempat penginapan yang ditanggung penuh oleh pihak kerajaan termasuk makan minum. Graduan diberi latihan mengikut modul-modul yang telah ditetapkan.
  • Part 2: Latihan kerja di sektor-sektor syarikat yang mengambil bahagian. Graduan akan menjalani latihan kerja selama 6 bulan. Pihak GEMS akan tentukan di mana graduan akan diserap mengikut match resume dan kehendak syarikat.

Boleh undur diri x kalau tiba2 semasa join program tu ada panggilan interview/kerja?

Boleh...Sepanjang program tu, graduan boleh pergi interview dan berhenti menyertai kalau ada tawaran kerja dengan syarat, kalau pergi interview, kena isi borang pelepasan pergi interview dan kalau berhenti kerana dapat tawaran kerja, kena bagi notis 5 hari sebelum berhenti kepada pihak penganjur.

Maklumat lanjut, boleh layari Portal GEMS di http://www.mygemsportal.com.my/





Sunday, January 1, 2012

After 7 years !

After seven years...I finally engaged with Mr. Hafiz ..hehehe!
Beautiful time of da year. 24.12.11 tarikhnya, pihak lelaki datang meminang Syira..membawa rOmbongan dari Pulau Pinang. Kami hidUp b'jaOhan, sOrg d kUtub utara & sOrg lg d kUtub selatan. mOga km b'satu sUatu hari nnt. I can not wait to get married,friends pray for us. We went through many trials before .. thanks is all goes well in the relationship. JOm bercerita tentang prOses meminang..

Meminang ialah lamaran seorang lelaki terhadap seorang perempuan untuk dijadikan isterinya.Dalam erti kata lain,meminang ialah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang boleh dikahwini dengan tujuan untuk mengahwininya serta suatu ikatan atau perjanjian untuk dilangsungkan perkahwinan.
   Walaupun peminangan itu tidak wajib atau bukannya suatu akad perkahwinan yang sah,namun perkara tersebut perlu diambil berat untuk menjaga hubungan harmoni antara pasangan,keluarga dan hubungan kedua-dua belah pihak.Dalam menyatakan peminangan terhadap wanita yang boleh dikahwini dapat dilakukan dalam beberapa bentuk,iaitu:
  1. Peminangan boleh dilakukan secara terus-terang atau melalui sindiran dan kiasan terhadap mana-mana wanita yang masih dara.
  2. Pinangan yang dibuat terhadap janda yang masih dalam ‘iddah boleh dilakukan dengan cara sindiran sahaja.Sesiapa yang menyatakan pinangan terhadap janda yang belum habis ‘iddah secara terus-terang atau dengan membuat temujanji bersama adalah haram hukumnya.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan(secara sindiran),untuk meminang perempuan(yang kematian suami dan masih dalam ‘iddah),atau tentang kamu menyimpan dalam hati(keinginan berkahwin dengan mereka).Allah SWT mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut(atau mengingati) mereka,(yang demikian itu tidaklah salah),akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit,selain menyebutkan kata-kata(secara sindiran) yang sopan.dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendaklah melakukan) ‘aqad nikah sebelum habis ‘iddah yang ditetapkan itu.Dan ketahuilah,sesungguhnya Allah SWT mengetahui apa yang ada di dalam hati kamu,maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaaNya,dan ketahuilah,sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun,Lagi Maha Penyabar”-(Surah Al-Baqarah 2:235)
     Biarpun peminangan juga merupakan salah satu daripada syariat Islam,namun Rasulullah SAW melarang keras perbuatan melakukan peminangan terhadap wanita yang telah dipinang oleh orang lain dan hukumnya adalah haram peminangan tersebut sekiranya pinangan itu telah diterima oleh perempuan.Sebagaimana Hadis Baginda yang bermaksud: “Dilarang seorang lelaki meminang di atas pinangan saudaranya,sehinggalah ia berkahwin dengan perempuan lain atau menunggalkan perempuan yang dipinangnya”
   Sabda Baginda dalam Hadis yang lain yang bermaksud: “Janganlah lelaki meminang atas pinangan lelaki lain melainkan meminang sebelumnya sudi melepaskannya atau peminang itu memberi izin kepadanya”- (riwayat Bukhari dan Nasa’i)
      Sewaktu berlangsung proses pertunangan dan selepas selesai peminangan,harus bagi lelaki atau perempuan membawa atau memberi sesuatu hadiah atau bertukar hadiah antara mereka sebagai tanda ikatan perjanjian.Namun begitu lelaki dan wanita ditegah dan haram mengadakan pergaulan bebas bersama tunangnya,kerana mereka belum dikira sebagai suami isteri yang sah.Segala hubungan antara mereka mestilah mengikut syara’ dan mesti dianggap seperti bukan muhrim.
   Konsep peminangan tersebut dapat membawa ke arah proses janji perkahwinan secara rasmi dan sopan.Walaupun begitu,pertunangan yang diadakan tersebut dapat diputuskan serta dapat dibatalkan bila-bila masa sahaja jika antara dua pihak rasa tidak puas hati atau ada sebab-sebab tertentu yang menghalang pasangan tersebut untuk dikahwinkan.Namun begitu,mereka mestilah menbubarkannya dengan cara yang sopan dan diantara kedua belah pihak mestilah menerima hakikat tersebut dengan hati yang terbuka.

Ok da jelas pasal meminang & bertunang kan...nOw,let's share my sweet memOries in the process of engagement... (^^,)


 Cincin disarUngkan Oleh emak C diaaa,hehe..gementar jUgak;)


 hai kOrang...Syira da b'gelar tUnangan orang..alhamdUlillah~


 Antara pic kenangan..ad byk lagi..tgk kt pesbUk yew;)


 Hafiz & Syira


Hantaran dari phk Syira (maroOn) n dia (hijau)